Sambutan Hari Guru 2009

20 May 2009

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Fokus: Penilaian Sekolah

27 April 2009

Guru semakin mudah kesan tahap pencapaian pelajar ikut minat, bakat

CADANGAN kerajaan menstruktur sistem pendidikan dengan memberi tumpuan penilaian di peringkat sekolah memberi peluang guru menilai prestasi anak didik masing-masing berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka.

Pengstrukturan itu perlu mengambil kira pelbagai aspek pencapaian dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan awam.

Tokoh pendidik, Prof Datuk Dr Isahak Haron, berkata menerusi pendidikan holistik, guru dapat mengenal pasti tahap pencapaian serta kebolehan setiap pelajar berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing.

Katanya, pencapaian akademik, kecenderungan serta minat individu itu berbeza. Jika proses pembelajaran bersifat statik dengan mengukur prestasi berdasarkan peperiksaan, keadaan ini dikhuatiri tidak memberi peluang pelajar lemah akademik mengembangkan bakat dimiliki.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata, antara bakat yang dapat dinilai guru ialah seni dan sukan. Kelebihan itu perlu digilap di peringkat awal supaya kebolehan yang ada dapat menjana pelbagai kegiatan sebaik pelajar menamatkan proses pendidikan formal.

Beliau berkata, penilaian di peringkat sekolah lebih sesuai berbanding peperiksaan berpusat kerana guru mengajar berdasarkan sukatan yang ditetapkan.

Guru katanya, pula perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan modul penilaian kepada murid berdasarkan kepada sukatan pelajaran.

Proses penilaian murid tanpa bergantung kepada peperiksaan berpusat itu, diharap dapat melahirkan generasi muda berkebolehan dalam pelbagai bidang bagi memenuhi tenaga profesional, sekali gus sebagai penggerak ekonomi negara.


Selamat Datang

23 April 2009

img_04442 Selamat Datang ke Laman Blog SK Bau, Taman Mutiara. Buat pertama kalinya SK Bau mempunyai laman blognya sendiri. Harap anda semua dapat melayari laman blog ini dengan sebaiknya dan dapat memberi komen-komen yang bernas untuk mempertingkatkan lagi laman blog sekolah ini. Sebarang pertanyaan sila rujuk dengan Guru Besar SK Bau, En. Mohd Mathias Abdullah atau berjumpa dengan Juruteknik Komputer SK Bau. Sekian, Terima Kasih.

logo-sk-bau-taman-mutiara-20077

Alamat : SEKOLAH KEBANGSAAN BAU

D/A: PEJABAT PELAJARAN DAERAH BAU

94000 BAU, KUCHING

SARAWAK.

No. Tel : 082-763243


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.